Tuesday, January 18, 2011

19 January 2011(Penyakit Cendawan)

Perkembangan terkini projek cendawan tiram kelabu oleh berkat agrovision.Sehingga hari ini,pihak kami menghadapi banyak masalah pada bongkah cendawan kami.Separuh dari bongkah kami yang berjumlah 1200 + 300 bongkah telah dijangkiti penyakit kulat hijau,hama dan juga kulat hitam.Masalah ini telah menganggu pengeluaran hasil kami kepada pelanggan.

Dari pengamatan kami,mungkin masalah ini disebabkan oleh :-

1)Persekitaran yang tidak sesuai kerana kawasan bangsal kami dikelilingi longkang dan sentiasa lembab dan berlumut.Mungkin ini menyebabkan kulat hijau mudah menyerang bongkah cendawan di dalam bangsal kami.

2)Lantai bangsal yang tidak disimen serta sering ditenggelami air.Kawasan bangsal kami masih lagi tidak disimen kerana kekurangan modal dan seringkali ditenggelami air disebabkan saliran yang tidak lancar.Mungkin penyakit dari air ini telah menjangkiti bbongkah cendawan kami.

3)Masalah serangga seperti bari-bari yg banyak di dalam bangsal kami.Dari apa yang kami lihat,bongkah yang dijangkiti kulat hijau mempunyai serangga di dalamnya.

kami sedang mencari jalan penyelesaian untuk masalah ini secepat mungkin kerana tidak mahu menghampakan pelanggan kami.InsyaAllah dugaan ini akan berjaya kami tempuhi.

Tuesday, October 12, 2010

Projek Cendawan Kemaman

Alhamdulillah.Setakat post ini,kami telah mempunyai sebanyak 1190 bongkah cendawan baru yang akan membantu kami memenuhi permintaan pelanggan kami di Kemaman ini.Projek Penanaman Cendawan Tiram Kelabu ini adalah salah satu dari projek yang dilakukan oleh Berkat Agrovision Enterprise untuk mempelbagaikan hasil keluaran kami selain dari bergantung kepada projek Cili Fertigasi kami sahaja.Projek ini adalah rentetan dari Pilot projek kami sebelum ini iaitu sebanyak 300 bongkah.Fasa Kedua kami ini adalah untuk pasaran di sekitar Kemaman.Kepada sesiapa yang ingin membeli Cendawan Tiram kelabu dari kami,bolehlah menghubungi kami melalui email,atau terus hubungi kami melalui no Handphone kami seperti sebelah.Waktu terbaik untuk menghubungi kami adalah selepas waktu bekerja.InsyaAllah kami akan cuba memenuhi permintaan anda semua.

Friday, August 27, 2010

Tuaian 26 Ogos 2010

Assalamualaikum.

Alhamdulillah...Tanggal 26 Ogos 2010 telah dapat dituai hasil pertama projek pilot cendawan kami.Hasilnya boleh dikatakan memuaskan hati kerana setakat 26 Ogos 2010,hasil yang telah dikutip adalah 4.4 kg dan bongkah-bongkah cendawan tersebut masih mengeluarkan hasil.Hopefully rakan sekerja yang bertugas memetik cendawan hari ini dan esok dapat menuai hasi yang lebih memberangsangkan lagi memandangkan permintaan yang tinggi dari kedai dan poenduduk di sekitar kawasan.Daripada berita yang saya dapat dari rakan sekerja pagi tadi,hasil hari ini melebihi 2 kg dan bingkah-bongkah tersebut masih lagi mengeluarkan hasil.Syukur alhamdulillah!!

Monday, August 16, 2010

Pengenalan

Alhamdulillah..Terbina juga blog untuk cendawan ini walaupon projek mini cendawan kami telah bermula seminggu.Untuk pengetahuan semua,projek mini kami telah dilakukan di rumah sewa kami di Kemaman supaya senang untuk kami memantau bongkah-bongkah cendawan kami.Pilot projek kami dimulakan dengan 300 bongkah cendawan matang dan sehingga hari ini hasil dijangka akan keluar pada 26 Ogos 2010.Hasil yang tidak dijangka juga telah keluar dan ianya adalah disebabkan oleh kelemahan kami yang masih belum mahir lagi tentang penanaman cendawan.Semoga pilot projek ini akan membantu kami untuk terus mengirak langkah di dalam penanaman cendawan tiram kelabu ini.